Percayalah tanpa agama manusia akan binasa, jika tidak ada asas akidah yang kukuh, keimanan tegar dengan berpaksikan roh agama yang satu serta mentauhidkan ALLAH iaini Tuhan yang satu. Hidup manusia akan menjadi haru biru, tiada arah tujuan, malalui rona kehidupan dengan penuh kejahilan, melakukan perkara-perkara sesuka hati tanpa memikirkan kesan yang akan berlaku dan menimpa diri mereka sendiri. Dengan wujudnya agama, ia menjadi panduan dan penyuluh hidup bagi manusia di muka bumi. Apakah panduan itu!. Fikirkan sendiri
Kembalilah kepada Fitrah kita iaini Islam
Pada zaman keangkuhan Firaun, Allah mengutusakan nabi Musa a.s untuk berdakwah membawa peringatan kepada Firaun yang penuh keangkuhan diri, hati yang sudah ditutupi, seraya itu dengan penuh kesombongan menolak ajaran nabi Musa a.s sehingga wujudnya perancangan untuk membunuh baginda. Kuasa ALLAH swt, perancangan mereka tidak berjaya dan digagalkan oleh ALLAH swt, nabi Musa terselamat bersama kaumnya yang setia manakala Firaun dan pengikutnya menerima bencana dan bala dari ALLAH swt diatas kesombongan mereka ini kerna menolak ajaran nabi musa a.s. Pelbagai lagi kisah-kisah para rasul dan anbia termasuklah Rasul junjungan mulia iaini Muhammad saw yang bersungguh-sungguh, mengorbankan perjalanan kehidupan mereka sebagai manusia biasa seperti kita, membawa sinar dan harapan untuk umat mereka supaya mana hidup umat mereka ini tidak terus berada didalam kebinasaan dan kegelapan hidup.
Bagi umat Islam, umat akhir zaman, kita mendapat panduan dan pegangan kita yang menjadi peninggalan dan warisan nabi ALLAH Muhammad saw, sebagai penyuluh hidup, penyelamat diri dari kehidupan yang sia-sia dan penuh dengan tipu daya duniawi yang menjadi tempat peninggalan sementara di muka bumi ini. Tiada agama yang diterima ALLAH melainkan Islam. Harus juga diingat, Nabi berpesan juga kepada kita yang mana kita tidak akan sesat dan terpesong arah kehidupan seandainya kita berpegang pada kitab al-Quran dan sunnah Baginda saw.
"Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah. dan kepada Rasul-Nya serta kepada perancangan cahaya al-Qur'an - yang Kami turunkan, Dan ingatlah, Allah Amat mendalam pengetahuan-Nya akan segala yang kamu kerjakan." Surah al-Taghabuun 64:8
No comments:
Post a Comment