Tuesday 6 March 2012

peristiwa isra dan mikraj


Setiap tahun apabila sampai tanggal 27 Rejab umat Islam diseluruh dunia akan mengadakan majlis sambutan peristiwa Israk dan Mikraj. Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Rasulullah SAW dari Mekkah ke Madinah.
Apabila berbicara tentang peristiwa Israk dan Mikraj ini, kita secara spontan akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah S.A.W bersama malaikat Jibril dan Mikail yang boleh dibahagikan kepada dua fasa.
01.Israk yakni perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.
02.Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh.

Perjalanan Rasulullah S.A.W ini telah diabadikan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran, Surah Al-Isra' ayat 1 yang bermaksud;
"Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidilharam ke Al Masjidilaqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."

lirik lagu sepohon kayu dan islam berkembang

Sepohon kayu daunnya rimbun
Lebat bunganya serta buahnya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya

Kami berkerja sehari-hari
Untuk belanja rumah sendiri
Supaya Allah menjadi sayang
Kami berkerja hatilah riang
Supaya Allah menjadi sayang
Kami berkerja hatilah riang

Kami sembahyang fardhu sembahyang
Sunat pun ada bukan sebarang
Hidup di kubur yatim piatu
Tinggallah seorang dipukul dipalu
Hidup di kubur yatim piatu
Tinggallah seorang dipukul dipalu

Dipukul dipalu sehari-hari
Barulah ia sedarkan diri
Hidup di dunia tiada bererti
Akhirat di sana sangatlah rugi
Hidup di dunia tiada bererti
Akhirat di sana sangatlah rugi



...........................................................................................


Islam yang telah berkembang 
laksana bunga yang indah
yang berkembang mekar harum mewangi
tumbuhnya memenuhi bumi [2x]

tumbuhnya memenuhi bumi
lembah dan tanah yang tinggi
kesuburan itu telah dibajai
oleh darah para syuhada'

kembangnya itu telah sirami oleh air peluh oleh mujahid
tamannya itu telah dipagari oleh para mujaddid dan mujtahid
paduan kita diambil dari al quran sunnah Rasulullah 2x

berkumandanglah kalimah toyyibah dari pembela agama kebenaran
keindahan Islam telah terpancar oleh ...... kaya dan pemurah
ibarat air mengalir deras 
derumannya bagai mencurah-curah 2x

Monday 5 March 2012

rukun islam dan rukun islam

RUKUN ISLAM

1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Mendirikan solat.
3. Menunaikan zakat.
4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.

RUKUN IMAN

1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala.
2. Beriman dengan para malaikat.
3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
4. Beriman dengan para Rasul.
5. Beriman dengan Hari Akhirat.

6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.

tidak kembali!!!

Masa terlalu bernilai kerana ia takkan kembali walau sesaat...
Ia tetap akan bergerak walau kita tetap tidak mahu berganjak..
Ia akan tetap akan berputar walau kita leka dengan hiburan yang tiada penghujungnya...
Hanya insan yang mengetahui betapa pentingnya masa, akan menyedari betapa bahawa dia sebenarnya insan yang begitu rugi...
Dia telah mensia-siakan segala peluang ketika masa diberi untuk merebut peluang tersebut...
Dia akan menangis, menyesal namun hakikatnya dia tidak perlu berbuat demikian...
Kerana masa tidak akan bersimpati kepadanya, masa tidak akan memutarkan walau sesaat jarumnya kembali...
Hargailah masa....
Setiap masa amat berharga kepada yang menghargainya...

Wednesday 29 February 2012

masa itu emas


Asalamualikumwarahmatullahiwabarakatuh

Pepatah Arab ada mengatakan`Masa itu ibarat pedang, jika kamu tidak memotongnya nescaya ia akan memotong kamu’.

Pepatah itu menyatakan betapa pentingnya masa dalam kehidupan seharian kita.  Setiap insan mempunyai  masa 24 jam sehari semalam. Namun ada di antara kita mengatakan tidak mempunyai  masa yang cukup untuk mengurus kehidupan sehingga banyak perkara yang tidak dapat dipenuhi.  Setengahnya pula mempunyai masa yang cukup dan dapat memenuhi keperluan hidup dengan sempurna.

Kawan-kawan semua,  sesungguhnya Allah telah mengingatkan bahawa manusia itu sentiasa berada dalam kerugian  sekiranya manusia tidak bijak mengurus masa dengan baik dan menghabiskan masa dengan perkara yang tidak berfaedah.  Tetapi bagi mereka yang beriman dan beramal soleh akan sentiasa memperolehi keuntungan sama ada di dunia dan akhirat.    


Justeru itu kita dituntut agar mempergunakan masa dengan amalan baik secara berterusan  dan bukan hanya terhad di hari-hari  dan bulan-bulan tertentu sahaja kerana amalan secara berterusan inilah yang amat digalakkan oleh islam.

Mudah-mudahan waktu yang sedang kita lalui ini dapat dimanfaatkan dan waktu yang bakal kita tempuhi di masa-masa akan datang dapat kita isi dengan perkara yang berfaedah  antaranya sentiasa perbanyakan amal ibadah kepada Allah dengan ikhlas, manfaatkan masa dengan berusaha untuk memajukan diri, keluarga, masyarakat dan negara, sentiasa bersyukur kepada Allah disamping menjauhi perkara yang tidak berfaedah, sentiasa merancang, mengurus, memperuntukkan masa bagi perkara yang mendatangkan kebaikan dan banyak lagi amalan-amalan yang baik.

Marilah kita sama-sama menghargai masa kerana masa tidak akan menunggu kita.  Ianya akan berlalu dan terus berlalu.

Tuesday 28 February 2012

hina jika tiada islam













Sebelum kita meneruskan perbincangan ini, saya nak cerita sikit pengalaman semasa berada di sebuah kem. Mungkin tiada kena mengena sangat dengan topik yang dibincangkan tetapi menjadi punca kepada mengapa saya menulis artikel ini. Kem ini macam biasa sahaja,ada leadership skill, team-building, semangat kerjasama dan lain-lain. Tetapi pada hari kedua, ada satu sesi temuramah secara inidividu. Apabila tiba giliran saya, penemuramah menanyakan satu soalan yang agak pelik sikit;
“Apa pandangan anda tentang Islam pada zaman sekarang ini?”
Masa tu, saya agak kurang bersedia jadi saya jawab sahaja apa yang terlintas. Tetapi penemuramah itu berjaya membuat saya berfikir dengan lebih mendalam tentang hal ini sehingga saya berjaya menulis artikel ini. Setelah itu, ada satu sesi perbincangan dalam kumpulan masing-masing mengenai topik yang dipilih oleh fasilitator bagi setiap kumpulan. Saya pun dah lupa apa isu yang dibincangkan dan tiba-tiba, masuk pula isu tentang Islam, lebih kurang macam tu lah. Mudah sahaja Islam dalam pandangannya.
Hujah beliau bahawa ketika dalam satu kursus, apabila peserta-peserta lain mula bergegas untuk tidur  beliau ternampak ada seorang manusia sedang mengaji, solat, bertafakur dan sebagainya. Dengan mudah beliau melabel bahawa manusia inilah antara manusia hebat dan perlu disokong dan sebagainya. Padahal manusia tadi sudah dikenali akhlaknya, anak isterinya bagaimana kelakuannya dan lain-lain. Saya teringat tentang sebuah hadis riwayat  Al-Tabarani daripada Anas r.a yang meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, mafhumnya;
Sesungguhnya seorang hamba akan mencapai kedudukan dan darjat paling tinggi di akhirat kerana akhlaknya yang baik, walaupun ia lemah dalam ibadah.
Setelah itu ada bincang juga mengenai hukum dalam Islam. Memang nampaklah Islamophobia dalam dirinya. Apabila hak Allah dicabar (keamanan, kesejahteraan makhluknya) kita diam sahaja tetapi apabila hak kita dicabar (menjadi mangsa rompakan, kecurian, isteri jadi mangsa rogol dan sebagainya) memang sangat marah hinggakan hendak dikerat empat kalau mengetahui siapa dalangnya. (Baca majalah Solusi isu no. 6, ruangan ‘Beduk diketuk’ untuk bacaan tambahan)
Saya bukan nak cakap tentang kelemahan orang lain tetapi lebih kepada meneliti soalan penemuramah tadi yang memerlukan kemahiran, pemerhatian, analisis dan sebagainya. Artikel ini tidak bermaksud saya ingin menyentuh mana-mana pihak, lebih kepada menjawab soalan penemuramah tadi dengan lebih profesional.
Antara fenomena masyarakat zaman sekarang
Kalau kita perhatikan masyarakat kita sekarang ini, apa yang kita dapat lihat ialah suatu penyakit dalaman yang semakin kritikal. Jika kita mengkaji senario ini, apa yang kita dapat buat kesimpulan ialah keadaan masyarakat kita semakin menghampiri kepada  zaman jahiliyah dahulu kala. Perkara yang membezakan masyarakat kita dengan mereka mungkin hanyalah kemajuan fizikal kita sahaja.
Sebagai contoh, masyarakat kita buang anak, masyarakat mereka tanam anak. Tidak banyak bezanya. Merompak, mencuri dan pelbagai lagi bentuk kezaliman merupakan perkara biasa pada zaman mereka dan begitu juga pada masyarakat kita sekarang ini. Tidak lupa juga kepada keruntuhan akhlak, dan nilai-nilai murni.
Sekarang apa yang kita dapat lihat adalah dua situasi yang mempunyai banyak persamaan. Jadi sudah tentunya formula untuk menyelesaikan masalah ini agak sama. Oleh itu, apakah formula tersebut?
Jika kita belajar sirah, ternyata formula yang dibawa oleh Muhammad s.a.w berjaya menyelesaikan masalah ini lantas membentuk satu generasi Al-Quran yang unik. Bangsa Arab yang  dulu dipandang hina oleh masyarakat Rom kerana kejahilan mereka lantas bangun dan maju dalam pelbagai aspek. Mereka sendiri mengatakan,
“Kami bangsa Arab kuat kerana Islam semata-mata. Tanpa Islam kami tetap akan menjadi bangsa yang rendah dan hina” -Amirul Mukminin Umar al-Khattab
Bagaimana pula dengan kita? Dengan bertopengkan kolot, outdated, kejam, menjatuhkan ekonomi dan pelbagai lagi label termasuk daripada orang Islam sendiri, kita terus dengan cara kita sendiri. Sampai sekarang, masih lagi buntu dan teraba-raba untuk menemui jalan penyelesaian. Jika kejam dan tidak berperikemanusiaan sebagai hujah kita, adil dan berperikemanusiaankah kita kalau membela seorang peragut yang telah banyak menyusahkan kehidupan orang lain dan berkemungkinan besar telah ‘meragut’ juga nyawa orang lain?
Contoh perubahan yang dilakukan oleh Islam
Memecahkan satu perbuatan yang sudah menjadi budaya dalam masyarakat merupakan sesuatu perkara yang amat susah. Sebagai contoh, rasuah, sering kali kita dengar percakapan sebegini:
“Kalau tak rasuah, susah la nak dapat projek..”
“Relevankah usaha menghapuskan rasuah ini?”
“Eh, tu bukan rasuah, kita sama-sama untung. Nak untung kena ada modal sikit..”
Perkara ini menunjukkan bahawa rasuah sudah menjadi satu macam budaya kepada masyarakat kita. Nama pun diubahnya menjadi “duit kopi”, bunyi macam perkara biasa sahaja. Sebelum itu, kita lihat dulu apa yang dikatakan oleh Rasulullah apabila bapa saudaranya, Abi Talib supaya berhenti membetulkan kaum mereka yang jahil.
“Wahai bapa saudaraku! Demi Allah, sekalipun mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku supaya aku menghentikan tugas agama ini sehingga Allah memenangkannya atau aku sendiri hancur, aku tidak akan meninggalkan tugas ini.”
Memang hebat seorang manusia bergelar Muhammad s.a.w. Siapa yang berani untuk berhadapan dengan kaum sendiri bagi memecahkan budaya yang tidak sihat seperti zina, minum arak, menanam anak perempuan hidup-hidup dan sebagainya melainkan baginda? Lagi-lagi di zaman yang seperti tiada undang-undang. Walaupun dicaci, dihina, diugut bunuh dan sebagainya, baginda tetap meneruskan usaha murni bagi menegakkan agama Allah di muka bumi ini.
Para ulama pun begitu juga. Kita ambil contoh mudah di negara kita sendiri. Saya ada terbaca Majalah Solusi isu 25 mengenai syirik. Sesuatu ketika dahulu, perlakuan syirik amat teruk dalam masyarakat Melayu. Frank Swettenham, seorang pegawai Inggeris yang bertugas sebagai Residen di Tanah Melayu dalam bukunya ‘Malay Sketches” ada menyatakan pendapat beliau tentang syirik dalam masyarakat Melayu. Antaranya:
Orang Melayu suka mengaji Al-Quran walaupun tidak memahaminya, percaya teguh kepada Allah tapi dalam masa yang sama suka berjudi, melarikan isteri orang yang cantik, membunuh dan sebagainya.
Ketika sakit nazak, orang Melayu meminta tolong daripada syaitan (bomoh,dukun dan sebagainya) tetapi apabila hendak mati, barulah mereka mengajar syahadah dan menyerahkan roh kepada Tuhan. Suatu yang sangat berlawanan.
Pada ketika itu, walaupun ulama’ membenci dan mencegahnya, namun para pembesar negeri tetap berpegang kepada amalan ini. Komentar Swettenham ini menyatakan bahawa syirik dan khurafat ini berkembang kerana adanya ‘kuasa politik’ yang melindunginya. Jelaslah kepada kita tentang firman Allah mengenai pemimpin;
Firman Allah;
Hai orang-orang beriman janganlah kamu menjadikan bapa-bapa dan saudara-saudaramu sebagai pemimpin-pemimpinmu, sekiranya mereka lebih mengutamakan kekafiran atas keimanan dan siapa antara kamu yang menjadikan mereka pemimpin-pemimpinmu, maka mereka itulah orang yang zalim (merosakkan kesejahteraan negara/dunia). Surah At-Taubah-ayat 23
Berkat usaha ulama’-ulama’ ini, beberapa kurun kemudian, amalan syirik dan khurafat ini berkurangan sehinggalah ke hari ini.Walaupun masih ada, tetapi amalan syirik yang membuang masa ini sudah makin berkurangan hasil daripada usaha para da’ie yang tidak pernah lupa erti jemu.
Islam sebagai jalan penyelesaian
Segala hukum-hakam dan ketetapan yang Allah tetapkan dalam Islam mempunyai sebab-sebab tersendiri. Kadang kala kita mampu memikirkannya dan kadang kala hanya Allah sahaja yang tahu. Sebelum memikirkan mengikut nafsu semata-mata, adalah lebih baik kalau kita kaji dengan lebih terperinci daripada semua aspek.
Bukankah Allah, Tuhan Yang Mencipta Sekalian Alam?

Saturday 18 February 2012

Tanpa Agama Manusia Binasa



Percayalah tanpa agama manusia akan binasa, jika tidak ada asas akidah yang kukuh, keimanan tegar dengan berpaksikan roh agama yang satu serta mentauhidkan  ALLAH iaini Tuhan yang satu. Hidup manusia akan menjadi haru biru, tiada arah tujuan, malalui rona kehidupan dengan penuh kejahilan, melakukan perkara-perkara sesuka hati tanpa memikirkan kesan yang akan berlaku dan menimpa diri mereka sendiri. Dengan wujudnya agama, ia menjadi panduan dan penyuluh hidup bagi manusia di muka bumi. Apakah panduan itu!. Fikirkan sendiri
Kembalilah kepada Fitrah kita iaini Islam

Pada zaman keangkuhan Firaun, Allah mengutusakan nabi Musa a.s untuk berdakwah membawa peringatan kepada Firaun yang penuh keangkuhan diri, hati yang sudah ditutupi, seraya itu dengan penuh kesombongan menolak ajaran nabi Musa a.s sehingga wujudnya perancangan untuk membunuh baginda. Kuasa ALLAH swt, perancangan mereka tidak berjaya dan digagalkan oleh ALLAH swt, nabi Musa terselamat bersama kaumnya yang setia manakala Firaun dan pengikutnya menerima bencana dan bala dari ALLAH swt diatas kesombongan mereka ini kerna menolak ajaran nabi musa a.s. Pelbagai lagi kisah-kisah para rasul dan anbia termasuklah Rasul junjungan mulia iaini Muhammad saw yang bersungguh-sungguh, mengorbankan perjalanan kehidupan mereka sebagai manusia biasa seperti kita, membawa sinar dan harapan untuk umat mereka supaya mana hidup umat mereka ini tidak terus berada didalam kebinasaan dan kegelapan hidup.

Bagi umat Islam, umat akhir zaman, kita mendapat panduan dan pegangan kita yang menjadi peninggalan dan warisan nabi ALLAH Muhammad saw, sebagai penyuluh hidup, penyelamat diri dari kehidupan yang sia-sia dan penuh dengan tipu daya duniawi yang menjadi tempat peninggalan sementara di muka bumi ini. Tiada agama yang diterima ALLAH melainkan Islam. Harus juga diingat, Nabi berpesan juga kepada kita yang mana kita tidak akan sesat dan terpesong arah kehidupan seandainya kita berpegang pada kitab al-Quran dan sunnah Baginda saw.

"Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah. dan kepada Rasul-Nya serta kepada perancangan cahaya al-Qur'an - yang Kami turunkan, Dan ingatlah, Allah Amat mendalam pengetahuan-Nya akan segala yang kamu kerjakan." Surah al-Taghabuun 64:8