Wednesday, 29 February 2012

masa itu emas


Asalamualikumwarahmatullahiwabarakatuh

Pepatah Arab ada mengatakan`Masa itu ibarat pedang, jika kamu tidak memotongnya nescaya ia akan memotong kamu’.

Pepatah itu menyatakan betapa pentingnya masa dalam kehidupan seharian kita.  Setiap insan mempunyai  masa 24 jam sehari semalam. Namun ada di antara kita mengatakan tidak mempunyai  masa yang cukup untuk mengurus kehidupan sehingga banyak perkara yang tidak dapat dipenuhi.  Setengahnya pula mempunyai masa yang cukup dan dapat memenuhi keperluan hidup dengan sempurna.

Kawan-kawan semua,  sesungguhnya Allah telah mengingatkan bahawa manusia itu sentiasa berada dalam kerugian  sekiranya manusia tidak bijak mengurus masa dengan baik dan menghabiskan masa dengan perkara yang tidak berfaedah.  Tetapi bagi mereka yang beriman dan beramal soleh akan sentiasa memperolehi keuntungan sama ada di dunia dan akhirat.    


Justeru itu kita dituntut agar mempergunakan masa dengan amalan baik secara berterusan  dan bukan hanya terhad di hari-hari  dan bulan-bulan tertentu sahaja kerana amalan secara berterusan inilah yang amat digalakkan oleh islam.

Mudah-mudahan waktu yang sedang kita lalui ini dapat dimanfaatkan dan waktu yang bakal kita tempuhi di masa-masa akan datang dapat kita isi dengan perkara yang berfaedah  antaranya sentiasa perbanyakan amal ibadah kepada Allah dengan ikhlas, manfaatkan masa dengan berusaha untuk memajukan diri, keluarga, masyarakat dan negara, sentiasa bersyukur kepada Allah disamping menjauhi perkara yang tidak berfaedah, sentiasa merancang, mengurus, memperuntukkan masa bagi perkara yang mendatangkan kebaikan dan banyak lagi amalan-amalan yang baik.

Marilah kita sama-sama menghargai masa kerana masa tidak akan menunggu kita.  Ianya akan berlalu dan terus berlalu.

No comments:

Post a Comment